Pertanyaan:Assalamualaikum.
Saya ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, saya pernah memberitahu suami bahawa saya akan membantu suami mengurangkan beban suami.
Saya ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Semasa di awal perkahwinan, saya pernah memberitahu suami bahawa saya akan membantu suami mengurangkan beban suami.
Kadang-kadang saya turut mengeluarkn uang untuk membeli belanja sehari-hari. Setelah beberapa tahun menikah, saya dapati pendapatan suami telah meningkat dan saya yakin suami sudah bisa menggunakan uang tersebut untuk kebutuhan keluarga.
Masalahnya adalah, sekarang suami seolah-olah menganggap saya tetap berkewajiban menanggung beban rumah tangga.
Ketika saya memberitahu suami kalau itu adalah tanggung jawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit-ungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan uang miliknya. Apakah hak saya sebagai isteri dalam permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.
Jawaban:Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajiban suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW;
“Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya” (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA).
Menurut ulamak; maksud rezki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami.
Berkata Imam an-Nawawi yang terkandung dalam hadis ini, kewajiban (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulamak”.
Dianjurkan isteri membantu suami, namun itu bukan kewajiban. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga.
Isteri yang ingkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak boleh memaksa istri untuk ikut bekerja.
Isteri pula jangan keberatan membantu keuangan suami selagi mampu, kerana uang/harta yang dibelanjakan untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW
“Tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya; ‘Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah’.” (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).
Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya.
Kecuali jika suami mengsyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah tangga sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda;
“Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA).
Tanpa syarat tersebut, kewajiban nafkah keluarga sepenuhnya ditanggung suami.
Wallahu a’lam.
Sumber: islamituindah.com.my